SeDAR’21 (Dalam Talian)

Tarikh     : 26 OKTOBER 2021

Tempat   : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PERASMI & UCAP UTAMA :  KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

PENGENALAN

Pelaksanaan Seminar Darulaman 2021 Peringkat Kebangsaan (SeDAR’21) dilaksanakan secara dalam talian. Norma Baharu dalam era pandemik masa kini menuntut perubahan dalam pelaksanaan program seperti SeDAR’21 bagi mengelakkan penyebaran virus C-19 dan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara.

Penganjuran SeDAR’21 adalah bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk Membudayakan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya juga adalah selaras dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025).

Seminar Darulaman 2021 Peringkat Kebangsaan (SeDAR’21) merupakan forum yang akan membincangkan teori, idea dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Persidangan ini akan menghimpunkan pakar, penyelidik dan pengamal  dari seluruh Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu dalam bidang pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama-sama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Persidangan ini bertujuan untuk:

  1. Membina satu jaringan sokongan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan Negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan institut pengajian tinggi dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
  1. Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGK, guru dan pensyarah institut pengajian tinggi membentangkan kertas penyelidikan dan inovasi dalam seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan.
  1. Menyediakan satu platform kepada pensyarah IPGK dan agensi luar untuk  berkongsi pandangan dan pengalaman untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi.

BAHASA PERSIDANGAN: Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu