CALL FOR PAPERS

Seminar Darulaman 2021 Peringkat Kebangsaan ialah platform yang menghimpun para sarjana, penyelidik, NGO dan pengamal dari seluruh Malaysia untuk membentang dan membincangkan idea dan hasil penyelidikan dalam bidang yang diliputi oleh tema persidangan. Dengan tema “Pemantapan Penyelidikan Pendidikan dalam Era Norma Baharu”, jawatankuasa penganjur menjemput anda sekelian untuk hadir sebagai pembentang manuskrip ilmiah atau sebagai peserta seminar

ABSTRAK

Panduan penulisan abstrak:

  1. Tajuk manuskrip mestilah tidak melebihi 15 patah perkataan
  2. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  3. Abstrak perlu menyatakan yang berikut: Tujuan kajian, metodologi kajian, dapatan kajian dan kesimpulan.
  4. Teks abstrak tidak melebihi daripada 250 patah perkataan.
  5. Abstrak hendaklah berkaitan dengan sub tema seminar (rujuk tajuk tema)
  6. Semua abstrak hendaklah dimuat naik dalam borang pendaftaran seminar

MANUSKRIP  

Manuskrip mestilah tidak lebih daripada 12 muka surat termasuk teks, jadual, rajah, rujukan dan lampiran.

Manuskrip yang menepati mana-mana tema yang disenaraikan akan diterima untuk semakan. Penulis akan dimaklumkan melalui e-mel jika manuskrip diterima.

Manuskrip yang perlu ditambahbaik akan di e-mel semula kepada penulis.

Manuskrip perlu dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi memastikan penulisan tuan/puan dimuatkan dalam prosiding. Manuskrip yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Panduan penulisan manuskrip penuh boleh dirujuk dalam Portal SEDAR’21.